IKHTILAT YANG DIBENARKAN

|

Takrif Ikhtilat yang dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yang terdapat keraguan(perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).Ini adalah takrif Dr. Majid Zindani(gambar) seorang ulama yaman yang terkenal.



Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etik-etika
dan syarat-syarat seperti berikut:


1. Tidak berkhalwat.

Nabi bersabda:

"Tidak berkahalwat diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan syaitan menjadi yang ketiga"(HR Bukhari)

2. Tidak ada pandangan yang tidak dibenarkan.

Nabi bersabda:
"Pandangan adalah panahan beracun dari Syaitan"

3. Pakaian yang mengikut cara Islam.

Firman Allah: Dan janganlah wanita itu menunjukkan perhiasnnya melainkan apa yg telah terzahir(muka dan tapak tangan).(Surah -Nur: 31)

Pakaian yang menutup aurat itu hendaklah tidak menampak susuk tubuh yang menimbulkan fitnah dan tidak nipis sehingga menampakkan yang dalam.

4. Percakapan wanita yg tidak lunak.


Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik."(Surah - Ahzab: 32)

5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.

Firman Allah: Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi.(Surah - Nur: 31)

6. Wanita tidak memakai minyak wangi

Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina.(HR Tirmizi)

7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah.Iaitu kerja-kerja ketaatan dan kebajikan yang memerlukan kebersamaan seperti dlm ayat 71 surah Taubah.


8. Tidak ada pegang dan sentuh antara lelaki dan perempuan.

Nabi bersabda dalam hadis yg sahih:
Lebih baik kamu di tikam kepala kamu dengan jarum besi daripada kamu menyentuh perempuan yang bukan mahram. (HR Thabrani)

Nabi bersabda lagi:Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dgn perempuan yang bukan mahram.(HR Thabrani)

9. Perempuan dan lelaki janganlah saling bertembung atau berselisih tubuh.

Nabi bersabda:
Bila kamu bertemu 2 org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya.(HR Baihaqi)

Ketika berlakunya percampuran diantara lelaki dan perempuan di masjid, Nabi brsabda: Hendaklah perempuan ke tepi, janganlah kamu ketengah merempuh orang lelaki, jalanlah di tepi.

Dr. Yusuf Qardawi(gambar) berkata:
Perhimpunan diantara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahn ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak.


Rujukan: web qaradawi.net

Kertas Kerja Ikhtilat : Ustaz Salman Maskuri

Sumber : http://akhisalman.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 Jabatan Hisbah MKKK | Template Blue by TNB