GERAK GEMPUR HISBAH PERLU DIWUJUDKAN

|

Presiden PMRAM 2010

13 April 2010,Nadi Riadhi - Muktamar Sanawi PMRAM berlangsung buat kali yang ke 77. Muktamar yang bersejarah ini menunjukkan betapa pentingnya keberadaan dan peranan PMRAM kepada mahasiswa dan mahasiswi melayu di Republik Arab Mesir ini. Sidang muktamar bersetuju terhadap usul yang berkait rapat dengan peranan hisbah di semua peringkat. Usul tersebut dibentangkan oleh Ustaz Shahrizan Mohd Hazime yang kini secara rasmi menjadi Presiden PMRAM 2010. Di dalam perbentangan, Ustaz Shahrizan menyatakan masalah hisbah semakin meruncing tetapi masalah ini seolah-olah diabaikan jadi beliau menyarankan agar gerak gempur hisbah perlu diwujudkan.Usul ini dibahas panjang lebar oleh semua perwakilan. Pada akhirnya usul ini diterima dan akan melibatkan semua pihak termasuk pihak KBMK dan JPMK dalam menggerakkan serta mempertingkatkan usaha mencegah gejala sosial yang berlaku di kalangan mahasiswa/wi Malaysia di Bumi Mesir ini.

Pihak Jabatan Hisbah MKKK menyokong usul ini dan sedia bekerjasama dengan pihak PMRAM dalam
membenteras mungkar yang kian menular.

Masalah akhlak adalah sangat membimbangkan, jika tiada pihak yang menghiraukannya maka ia
akan bertambah parah. Ucapan perhargaan buat PMRAM yang mengambil berat soal masalah hisbah.Bersama kita berganding bahu dalam membentuk keperibadian yang baik dan terpuji terhadap mahasiswa/wi yang bakal pulang ke tanahair dengan slogan 'mahasiswa agen perubah'.

Gambar-gambar sekitar Muktamar

Di Luar Dewan

Antara Barangan Yang Dijual Di Muktamar

Makan Di Perkarangan Luar Dewan

Pameran dari Minipavilion

Menunaikan Solat Di Dalam Dewan Muktamar

Kek Hari Lahir PMRAM Ke- 80

IKHTILAT YANG DIBENARKAN

|

Takrif Ikhtilat yang dilarang adalah: Perhimpunan lelaki dan perempuan yang terdapat keraguan(perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).Ini adalah takrif Dr. Majid Zindani(gambar) seorang ulama yaman yang terkenal.



Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etik-etika
dan syarat-syarat seperti berikut:


1. Tidak berkhalwat.

Nabi bersabda:

"Tidak berkahalwat diantara lelaki dan perempuan yang bukan mahram melainkan syaitan menjadi yang ketiga"(HR Bukhari)

2. Tidak ada pandangan yang tidak dibenarkan.

Nabi bersabda:
"Pandangan adalah panahan beracun dari Syaitan"

3. Pakaian yang mengikut cara Islam.

Firman Allah: Dan janganlah wanita itu menunjukkan perhiasnnya melainkan apa yg telah terzahir(muka dan tapak tangan).(Surah -Nur: 31)

Pakaian yang menutup aurat itu hendaklah tidak menampak susuk tubuh yang menimbulkan fitnah dan tidak nipis sehingga menampakkan yang dalam.

4. Percakapan wanita yg tidak lunak.


Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik."(Surah - Ahzab: 32)

5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.

Firman Allah: Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi.(Surah - Nur: 31)

6. Wanita tidak memakai minyak wangi

Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina.(HR Tirmizi)

7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah.Iaitu kerja-kerja ketaatan dan kebajikan yang memerlukan kebersamaan seperti dlm ayat 71 surah Taubah.


8. Tidak ada pegang dan sentuh antara lelaki dan perempuan.

Nabi bersabda dalam hadis yg sahih:
Lebih baik kamu di tikam kepala kamu dengan jarum besi daripada kamu menyentuh perempuan yang bukan mahram. (HR Thabrani)

Nabi bersabda lagi:Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dgn perempuan yang bukan mahram.(HR Thabrani)

9. Perempuan dan lelaki janganlah saling bertembung atau berselisih tubuh.

Nabi bersabda:
Bila kamu bertemu 2 org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya.(HR Baihaqi)

Ketika berlakunya percampuran diantara lelaki dan perempuan di masjid, Nabi brsabda: Hendaklah perempuan ke tepi, janganlah kamu ketengah merempuh orang lelaki, jalanlah di tepi.

Dr. Yusuf Qardawi(gambar) berkata:
Perhimpunan diantara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahn ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak.


Rujukan: web qaradawi.net

Kertas Kerja Ikhtilat : Ustaz Salman Maskuri

Sumber : http://akhisalman.blogspot.com/

ANNUAL DINNER YANG MEMALUKAN - HARAP ANAK KEDAH TIDAK TERLIBAT

|

Annual Dinner 2010 bil mansurah al tahrir

Mansurah 3 April - Berikut adalah fasions staillo in annual dinner at mansura city. Ulasan ringkat yang diberi pada setiap gambar tidak ada kena mengena dengan status mereka, sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. ia (ulasan ringkas digambar) hanya sekadar pandangan dari mata kasar admin, tercetus pemberian berdasarkan staillo milo masing-masing (berpandukan dari pemerhatian admin).

Apa yang diharapkan, acara-acara seperti ini tidak lagi dianjurkan oleh mahasiswa malaysia dimesir, dengan penganjuran seperti yang didengari sebelum ini, pasangan juara akan dihadiahkan bilik hotel tempat bermadu kasih. Moga apa yang diberitakan tentang tentatif majlis (yang berbentuk maksiat) tidak dilaksanakan dan tidak ada dalam perancangan mereka hendaknya, moga Allah menjaga kita dari simpangan berduri ke akhirat. Hormati bumi nabi, takutkan Allah. Jangan jadikan bumi anbiya' seperti amarika atau pun university dimalaysia yang sering menganjurkan band-band, kugiran, joget lambak, atau diharap tidak mencontohi negara barat yang menganjurkan party-party minum arak, dan lain-lain maksiat.

Na'uzubillahi min zalik. Moga Allah mematikan gerakan maksiat dengan balasan yang setimpal. Harap-harap annual dinner yang telah dianjurkan terjaga dari segala bentuk maksiat.

SUMBER :http://beritautama-infokini.blogspot.com/2010/04/annual-dinner-2010-bil-mansurah-al.html

TAMBAHAN

1. Jabatan Hisbah MKKK pohon untuk dilaporkan jika ada dikalangan anak Kedah yang terlibat.

2. Tindakan disiplin dan kaunseling tatatertib islam akan dikenakan.



PENERANGAN ETIKA HISBAH DI PROGRAM IQRA'

|

Assalamualaikum..

1 April 2010, Asrama Darula Aman 1, Kaherah - Jabatan Hisbah MKKK dijemput untuk memberikan penjelasan mengenai etika hisbah MKKK di Program Isti'dad Qiyadah Rabbaniah (IQRA') yang dikhususkan penyertaannya kepada mahasiswi tahun satu Kaherah.

Program yang baik bagi persediaan mahasiswi yang bakal mengorak langkah ke medan kepimpinan. Slot hisbah ini dibentang oleh Ustaz Abu Bakar Razak selaku Ketua Hisbah MKKK. Beliau memberi penekanan kepada mahasiswi mengenai kesedaran keberadaan di Mesir, menjaga izzah dan muruah sebagai penuntut ilmu, mematuhi etika yang ditetapkan demi kebaikan dan kesejahteraan mahasiswi itu sendiri.

Pihak Jabatan Hisbah mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak penganjur kerana memberi ruang untuk majlis penerangan ini. Semoga penerangan yang diberikan dapat sama-sama mengambil istifadah.

Kegiatan mungkar semakin berleluasa jadi pihak hisbah mengajak semua anak-anak Kedah agar bersama kita mencegahnya dan mengatasinya dengan penuh hikmah. "Bersama Mencegah Kemungkaran" adalah laungan yang akan sentiasa jabatan hisbah laungkan agar dapat membantu dalam menghapuskan gejala yang tidak sepatutnya berlaku kepada mahasiswa/wi di Bumi Mesir ini.



TONTONI HISBAH THE MOVIE

|



CEGAH MUNGKAR/MAKSIAT TANGGUNGJAWAB BERSAMA

|

Assalamualaikum..

Merujuk blog Ustaz Hairul Nizam b. Mat Husin, Timbalan Ketua Hisbah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir terdapat beberapa perkara berat yang harus kita tangani bersama.
Ahlan Wasahlan buat kalian yang bakal hadir kalau masalah gejala couple yang makin menakutkan di Mesir terus dipandang sepi.

Ahlan Wasahlan buat anak-anak gampang yang tidak berdosa kiranya pihak-pihak agen yang mengaut teman-teman pelajar dari Malaysia terus membutakan mata daripada keruntuhan akhlak yang berlaku di hadapan mata kepala mereka.

Welcome buat anak-anak yang bakal lahir kiranya seluruh pihak terus tidak mengambil perduli dengan hubungan lelaki dan wanita yang tidak dibatasi Syarak.


Welcome untuk bakal anak-anak itu kiranya kita yang mengetahui kesedudukan antara pria dan dara yang tengah mengelamun cinta gila tanpa takutkan murka Allah terus membiarkan mereka gila dirasuk syaitan yang sedang ketawa.

Ya. Seakan kita semua di Mesir sedang berlatih untuk mengucapkan ucapan selamat datang itu.

Sabtu lepas, saya hampir gila dalam mesyuarat Hisbah PMRAM Pusat apabila mendengar laporan hisbah setiap peringkat bermula sekitar jam 2 petang hingga 4 petang yang rata-ratanya melaporkan berita mual gelagat mahasiswa Islam Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir. “Pelajar perubatan lelaki perempuan berdua-duaan di dalam bilik”, “Pelajar perempuan itu berpakaian menunjukkan lurahnya”, “Pelajar itu dan kekasihnya memasuki kelab malam”, “Pelajar lelaki itu di rumahnya ada pakaian wanita”, “Pelajar itu di rumahnya ada arak” dan ……………………………

Gila. Memang gila. Mana boleh kita biarkan maksiat demi maksiat terus melampau-lampau berlaku di Mesir.

“Woi bodoh! Kau nak tuduh budak-budak yang dating dan lepas satu rumah tu berzina ke? Mana saksi kau?!!”.

Saya jawab: Aku tak kata diorang berzina, tapi kalau kita masih selamba biarkan tindakan berpeleseran jantan betina tanpa dibatasi syarak itu terus berlaku tanpa sekatan, tindakan dari semua pihak, maka kita sebenarnya sedang menanti keputusan yang sama.

Semua pihak mesti bertanggungjawab. Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, agen-agen yang mengadakan program pengajian perubatan di Mesir, Hisbah PMRAM Pusat beserta hisbah-hisbah di setiap cawangan mesti buat satu tindakan segera sebelum semuanya terlambat.

Kalau budak buat maksiat tak rasa malu bahkan rasa berani untuk tekan budak-budak yang nak menegur, budak-budak hisbah PMRAM tak boleh rasa takut untuk membantu budak-budak ini agar kembali mentaati Allah yang Maha Perkasa.

.....................................................................................................................................

Gejala yang menular

1. Budaya couple dan dating yang kian melampau.
2. Pergaulan yang tidak dibatasi syarak.
3. Berdua-duaan dalam bilik.
4. Pelajar perubatan masuk kelab malam.
5. Arak di rumah pelajar.

Seruan Hisbah

1. Laporkan kepada pihak hisbah dan pihak yang sepatutnya jika melihat kemungkaran.

2. Pandang serius terhadap gejala yang menular seperti di atas.

3. Insaflah wahai pelajar sekalian, anda semua harapan agama,bangsa dan negara.

4. Jangan ambil mudah terhadap pergaulan lelaki dan wanita.

5. Fokus terhadap pelajaran, jangan terhanyut dengan igauan cinta.

6. Amalkan budaya tegur menegur.

7. Mengikuti pengajian yang mendidik jiwa dan bertemu dengan masyaikh di halaqah-halaqah
ilmu.

Jabatan Hisbah MKKK mengajak semua anak-anak Kedah di Mesir ini agar pandang serius dalam hal-hal yang berkaitan pergaulan serta hubungan mahasiswa dan mahasiswi. Semestinya kita adalah orang yang mengetahui hukum hakam dan batasan dalam agama cuma naluri dan hawa nafsu yang mengancam jiwa sekaligus membawa kepada perkara yang dilarang oleh syarak.

Cegah mungkar dan maksiat adalah tanggungjawab kita bersama. Jabatan Hisbah MKKK mengharapkan kepada semua anak-anak Kedah supaya tidak terjerumus dalam perkara mungkar. Sama-sama kita mendidik jiwa ,menjaga tata shakhsiah sebagai mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di bumi anbiyak dan bumi barakah ini.

SLOT PENERANGAN ETIKA HISBAH DI PROGRAM ILTIQA' 10

|


20 Mac 2010, Ra'su Bar, Dumyat- Majlis Kebajikan Keluarga Kedah telah menganjurkan Indhibat Takwin Al-Qiadi 2010 yang diselia penuh oleh Badan Dakwah MKKK. Pihak Jabatan Hisbah MKKK diberi satu slot untuk membentangkan panduan dan etika kepada para peserta. Pihak Jabatan Hisbah ini adalah suatu ruang untuk memberi penjelasan secara jelas mengenai hisbah dan perlaksanaannya di peringkat persatuan.




Slot ini diisi sendiri oleh Ketua Hisbah MKKK, Ustaz Abu Bakar Razak yang menggunakan microsoft power point dalam pembentangannya bagi memudahkan kepada para peserta untuk memahami dan mengamati matlamat dan tujuan penubuhan hisbah ini yang telah ditubuhkan sekian lama. Selain itu, peserta juga dibekalkan pamplet untuk simpanan dan rujukan. Semoga perbentangan etika ini memberi manfaat dan faedah kepada para peserta sekaligus bekerjasama bersama hisbah untuk menegakkan yang hak dan mencegah yang mungkar.


Pihak Jabatan Hisbah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi membuka ruangan kepada Jabatan Hisbah MKKK untuk memberikan penerangan mengenai etika hisbah. Harapan dari pihak hisbah agar penerangan dan penjelasan dari masa ke semasa memberi kesan yang mendalam khususnya buat ahli MKKK dan umumnya kepada semua mahasiswa/wi Malaysia di Mesir ini.

 

©2009 Jabatan Hisbah MKKK | Template Blue by TNB